Rayuan Apple Dinafikan Susulan Sekatan Kaedah Pembayaran Oleh Fortnite

132

Hakim AS menafikan usaha Apple Inc untuk perintah penangguhan yang dikenakan akibat kes antitrust terhadap pencipta “Fortnite” Epic Games.

Apple dengan pantas merayu ke atas penafian tersebut di U.S Ninth Circuit Court of Appeals sebelum tarikh akhir pada 9 Disember bagi mengelakkan perubahan ketara pada App Store.

Terdahulu, Epic Game telah dibicara awal tahun ini berhubung tindakan Apple yang memaksa developer menggunakan sistem pembayaran dalam aplikasinya, App Store dan membayar komisen kepada pembuat Iphone tersebut.

Pada September, Hakim Yvonne Gonzalez Rogers telah mengeluarkan keputusan yang memihak kepada pihak Apple namun beliau turut meluahkan kebimbangan terhadap Apple yang menyembunyikan fakta mengenai cara pembayaran lain dan mengarahkan Apple menarik balik larangan pada pautan dalam aplikasi, butang serta mesej kepada pengguna tentang cara lain untuk kaedah pembayaran.

Menurut Gonzalez Roger lagi, tindakan Apple yang tidak memberitahu pengguna tentang cara pembayaran lain telah menunjukkan kelakuan antitrust termasuk kadar komisen yang sangat kompetitif mengakibatkan margin operasi yang luar biasa untuk Apple Store.

Apple dalam kenyataan balasnya menyatakan mereka tidak percaya sebarang penambahan perniagaan diperlukan untuk berkuat kuasa sehingga semua rayuan dalam kes tersebut diselesaikan dan berharap Ninth Circuit dapat menyelesaikannya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat