RBA Kekal Rancangan Kurangkan Pembelian Bon, Tapi Kenapa AUD Jatuh?

453

Reserve Bank of Australia (RBA) mengekalkan rancangan untuk mengurangkan pembelian bonnya, mengandaikan ekonomi akan pulih dengan cepat dibantu oleh peningkatan vaksinasi.

Bank pusat Australia mengakhiri mesyuarat polisi edisi September dengan mengekalkan kadar faedah pada tahap terendah 0.1% seperti yang dijangkakan secara meluas.

Keputusan RBA untuk terus dengan rancangannya nyata telah mengejutkan pasaran, yang mana kadar pembelian bon akan dikurangkan kepada $4 bilion seminggu daripada $5 bilion sebelumnya.

Bagaimanapun, pembelian ini akan dilanjutkan sehingga sekurang-kurangnya pertengahan Februari yang dianggap sebagai isyarat dovish oleh pelabur. Pada mulanya ia merancang untuk menyemak semula program ini pada pertengahan November.

Walaupun begitu, Gabenor Philip Lowe masih mengekalkan pandangan optimisnya dengan mengatakan varian delta dijangka akan menyebabkan penangguhan, tetapi tidak akan mengganggu pemulihan.

Beliau mengatakan lanjutan pembelian bon hingga pertengahan Februari 2022 mencerminkan kelewatan dalam pemulihan ekonomi dan peningkatan ketidakpastian yang berkaitan dengan wabak varian delta.

Tambah beliau lagi, para pembuat dasar akan terus mengkaji program pembelian bon dengan mempertimbangkan keadaan ekonomi dan kesihatan.

Keputusan itu dibuat kerana varian delta terbukti lebih sukar untuk dibendung, memaksa penutupan di Sydney dan Melbourne dilanjutkan sehingga berbulan-bulan. Ekonomi Australia dijangka menguncup dengan ketara pada suku ini dan para penganalisis juga telah mula menurunkan unjuran pertumbuhan untuk suku keempat.

Dolar Aussie yang pada mulanya meningkat susulan keputusan diumumkan, kembali merosot rendah ke sekitar harga 0.7420 berbanding US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat