Pergerakan mata wang dolar Australia pada sesi Asia pagi ini mula berubah arah berbanding semalam berikutan terkesan oleh reaksi pasaran terhadap mesyuarat bank pusat Australia.
Reserve Bank of Australia (RBA) tidak menepati ramalan untuk menaikkan kadar faedah, sebaliknya kadar faedah dikekalkan di paras 4.10% pada mesyuarat polisi terbaru.
Jangkaan yang meleset itu telah mengundang penyusutan dolar Aussie pada reaksi awal keputusan mesyuarat itu diumumkan.
Pasaran dilihat tidak begitu terkejut dengan keputusan tersebut dan menjangkakan kadar faedah berkemungkinan kekal sehingga mesyuarat September.
RBA walau bagaimanapun masih memberi isyarat untuk langkah pengetatan dasar masih perlu diteruskan, namun akan bergantung kepada data-data terbaru yang diterbitkan selepas ini.
Carta harga pasangan mata wang AUD/USD menyaksikan penurunan semula harga pagi ini di bawah paras 0.67000.
Jika dilihat pada corak pergerakan Isnin semalam, harga telah berjaya memaparkan kenaikan hingga mencapai paras sekitar 0.67400.
Namun isyarat bertukar bearish semula setelah penurunan hari ini telah melepasi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta AUD/USD tersebut.
Penurunan dijangka akan dilanjutkan menuju paras 0.66300 yang menjadi sokongan harga diuji pada dagangan penghujung minggu lalu.
Penurunan lebih rendah jika melepasi paras tersebut akan menjangkakan zon 0.65400 sebagai sasaran seterusnya yang bakal diuji harga.
Namun jika harga melantun naik semula di atas MA50, paras 0.67000 berkemungkinan akan cuba dilepasi sebelum mencabar paras ketinggian harga semalam.
Kenaikan lebih tinggi akan menuju semula paras ketinggian minggu lalu iaitu sekitar 0.68200 sebelum harga catatkan paras ketinggian terbaru 2 minggu.
Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG