RBA Naikkan Kadar Faedah 0.25%, Ini Kesan Terhadap Carta AUD/USD

123

Reserve Bank of Australia (RBA) menepati ramalan untuk menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada mesyuarat dasar monetari terakhir untuk tahun 2022 ini.

Kadar faedah telah mencapai paras 3.10% menjadikan jumlah kenaikan sebanyak 300 mata asas dalam tempoh 8 bulan.

Susulan keputusan kenaikan kadar faedah tersebut, kenyataan oleh Gabenor Philip Lowe kemudiannya diteliti pelabur.

Bank pusat dilihat masih dalam usaha untuk menurunkan inflasi ke paras sasaran dan akan melaksanakan apa yang diperlukan untuk mencapai objektif tersebut.

Bank pusat dijangka akan meneruskan langkah kenaikan kadar faedah ekoran kadar inflasi di Australia masih lagi terlalu tinggi sementara perkembangan ekonomi global, perbelanjaan isi rumah dan gaji dipantau oleh bank pusat.

Apa kesan keputusan mesyuarat RBA terhadap pergerakan harga pada carta pasangan mata wang AUD/USD hari ini?

Semalam, harga telah mencatatkan penurunan harian sekitar 160 pips ekoran pengukuhan US dolar di sesi New York menekan harga jatuh semula selepas terbitan data tinjauan perkhidmatan Amerika Syarikat (AS).

Selepas harga jatuh ke sekitar 0.67000, berlaku lantunan semula harga untuk menyambung pembukaan pasaran di awal sesi Asia.

Namun selepas keputusan mesyuarat RBA, harga tidak menunjukkan reaksi yang ketara apabila pergerakan harga kekal perlahan di sekitar 0.67300.

Hagra dilihat bakal bergerak dalam trend bearish selepas penurunan semalam turut melepasi paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta AUD/USD yang menandakan perubahan arah harga.

Penurunan lebih rendah jika melepasi paras sokongan pada 0.67000 dijangka akan menguji pula paras sokongan minggu lalu pada 0.66400.

Penurunan lanjut harga bakal diteruskan menuju ke zon tumpuan pada sekitar 0.65400.

Sementara, untuk jangkaan kenaikan harga pula, rintangan awal pada sekitar 0.67600-0.67800 akan diuji sebelum kenaikan melepasi zon tersebut akan memberi isyarat bullish semula buat pergerakan harga.

Kenaikan yang diteruskan akan mencabar ketinggian yang dicapai pada Isnin semalam sebelum mensasarkan pula pada 0.69000 untuk catatkan paras ketinggian terbaru 12 minggu.

Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat