Mesyuarat polisi bank pusat Australia pada Selasa semalam telah memberi impak besar kepada pergerakan mata wang dolar Australia.
Reserve Bank of Australia (RBA) menepati jangkaan untuk meningkatkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas daripada 4.10% kepada 4.35%.
Namun, apa yang menjadi kemusykilan pelabur pada awalnya adalah penyusutan yang ketara berlaku ke atas dolar Australia.
Pada kebiasaan, langkah menaikkan kadar faedah oleh bank pusat akan mendorong lonjakan pada nilai mata wang.
Penyusutan yang berlaku ke atas dolar Aussie adalah disebabkan kenyataan susulan yang disampaikan bank pusat ditafsirkan bernada dovish.
RBA memberi isyarat keyakinan yang semakin berkurangan terhadap keperluan untuk kenaikan kadar faedah tambahan dan akan bergantung kepada data-data ekonomi yang hadir selepas ini.
Justeru, walaupun kadar faedah dinaikkan namun dolar Aussie paparkan kejatuhan nilai yang ketara semalam.
Pada carta pasangan mata wang AUD/USD, dapat diperhatikan harga terjun dari paras 0.65000 hingga mencecah hampir sekitar 0.64000 di sesi New York semalam.
Berlaku lantunan harga yang perlahan sehingga bersambung pada sesi Asia pagi ini (Rabu), namun harga dilihat masih bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut untuk isyarat bearish.
Penurunan lebih rendah masih dijangkakan namun agak terhad berikutan mata wang US dolar juga memaparkan prestasi hambar semalam.
Jika penurunan diteruskan lagi, sasaran harga dilihat adalah untuk menguji zon sekitar 0.63700.
Jika pergerakan bearish masih berlanjutan, zon support pada 0.63000 mampu dicecah harga.
Sebaliknya jika harga melonjak melepasi halangan MA50, kenaikan semula harga dilihat akan cuba mengatasi paras 0.65000.
Seterusnya kenaikan bakal diteruskan untuk mencapai pula zon rintangan pada 0.65400 untuk rekod tertinggi terbaru 3 bulan.
Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG