RBA Nak Naikkan Kadar 50 Mata Asas? Ini Jangkaan Pergerakan Carta AUD/USD

149

Ekoran sentimen pasaran yang tidak menentu minggu ini dengan laporan campur tangan bank pusat dan kerajaan bagi ekonomi-ekonomi utama dunia telah mempengaruhi pergerakan mata wang sensitif terhadap perubahan sentimen.

Antaranya dolar Australia yang memaparkan arah pergerakan yang berbeza di awal minggu dan penghujung minggu.

Sentimen berisiko pasaran di awal minggu dan pengukuhan ketara US dolar telah menekan dolar Australia ke paras terendah 2 tahun pada minggu ini sebelum dilihat berlaku lantunan semula harga.

Ini dapat diperhatikan pada carta pasangan mata wang AUD/USD dengan penurunan pada Rabu lalu mencecah sekitar 0.63700 mencatatkan paras terendah sejak dagangan Mei 2020 yang lalu.

Namun selepas harga menjejak ke sekitar tersebut, harga kembali melantun semula susulan faktor penyusutan US dolar yang mengurangkan tekanan terhadap penurunan harga sebelum ini.

Meneliti sudut pandangan bank pusat pula, Reserve Bank of Australia (RBA) dijangkakan untuk meningkatkan lagi kadar faedah dengan kenaikan 50 mata asas pada Oktober yang menjadi langkah pengetatan paling agresif sejak 1990.

Justeru, penganalisis melihat terdapat potensi untuk harga menyambung kenaikan lebih tinggi lagi sekiranya US dolar juga kekal dengan prestasi suram.

Setelah lantunan harga sekitar 170 pips pada Rabu lalu ke sekitar 0.65300, zon tersebut kekal menjadi rintangan untuk harga mendatar di bawahnya menuju dagangan penghujung minggu.

Namun harga dilihat bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam dicarta AUD/USD memberi isyarat untuk potensi pergerakan bullish harga bakal diteruskan.

Sekiranya harga berjaya melepasi rintangan 0.65300, harga bakal meneruskan kenaikan lebih tinggi menguji pula zon sekitar 0.6600 sebelum menuju ke paras tumpuan 0.67000.

Namun jika US dolar kembali mengukuh semula dan menekan harga harga di bawah paras sokongan MA50, isyarat untuk pergerakan bearish harga akan mendorong jangkaan untuk mencecah semula pada support 0.63700.

Penurunan lebih rendah dari zon tersebut akan terus mencatatkan paras terendah 2 tahun yang terbaru lagi.

Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat