RBA Terus Mengekalkan Kadar Faedah 1.5% Sejak Ogos 2016

53

Reserve Bank of Australia (RBA) mengekalkan polisi monetarinya pada hari ini, dengan keputusan seperti yang dijangkakan oleh pasaran.

Para pegawai mengundi untuk mengekalkan kadar faedah di paras 1.5%, merupakan paras yang sama bermula Ogos 2016.

Dalam ulasan tengahhari tadi, RBA mengakui bahawa kadar kenaikkan pendapatan yang lemah mungkin akan berterusan di masa hadapan di samping kadar inflasi yang masih rendah. Penggubal polisi juga menjangkakan matawang Aussie yang menguat akan terus menekan harga daripada naik buat masa ini.

RBA terus mengekalkan jangkaan terhadap perkembangan ekonomi tahunan sebanyak 3%, namun bimbang dengan impak yang bakal berlaku dengan nilai dolar Australia yang semakin meningkat. Walaupun tiada jangkaan terhadap tempoh yang akan diambil oleh bank pusat untuk mula mengubah kadar faedahnya, namun penganalisis meramalkan kadar faedah  akan dinaikkan dimasa hadapan.

Matawang Aussie didagang sedikit tinggi berbanding dolar selepas keputusan polisi hari ini dengan AUD/USD naik 0.21% kepada 0.7962.

Terdapat perbezaan terhadap pandangan polisi monetari Australia dimasa hadapan melalui undian ahli ekonomi oleh Sky Business News baru-baru ini. Berdasarkan 18 tinjauan, empat daripadanya yakin bahawa kadar faedah akan terus dikekalkan di masa hadapan. Mesyuarat polisi RBA seterusnya dijadualkan berlansung pada 3 Oktober.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat