Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang NZD/USD diperhatikan pelabur pada dagangan sesi Asia pagi ini ketika berlangsungnya mesyuarat dasar monetari bank pusat New Zealand.
Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) tepati ramalan untuk mengekalkan kadar faedah di paras 5.50% untuk mesyuarat terbaru hari ini.
Ini adalah kali pertama RBNZ bertindak menghentikan kenaikan kadar faedah setelah berterusan menaikkannya di setiap kali mesyuarat sejak Oktober 2021.
Reaksi awal pasaran setelah keputusan mesyuarat tersebut agak bercampur menyaksikan berlaku turun naik pada nilai dolar New Zealand.
Harga pada mulanya sedikit ditekan turun menghampiri paras 0.62000 sebelum membuat kenaikan semula mencapai paras sekitar 0.62400.
Setelah mencapai ketinggian terbaru 4 minggu itu, harga kembali pamer penurunan semula pada dagangan di pembukaan sesi Eropah.
Pergerakan harga masih bercampur susulan pelabur juga berwaspada terhadap mata wang US dolar yang tidak menentu menjelang terbitan data inflasi Amerika Syarikat (AS) di sesi New York sebentar lagi.
Namun, ketika ini harga masih berlegar di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta NZD/USD yang mencadangkan trend menaik harga bakal diteruskan.
Sekiranya harga kembali menyambung kenaikan lebih tinggi mengatasi ketinggian dicapai di sesi Asia sebentar tadi, harga akan terus catatkan paras ketinggian yang terbaru lagi.
Sasaran seterusnya adalah untuk menuju pula zon 0.63000 yang sebelum ini merupakan rintangan diuji harga pada dagangan Mei lalu.
Namun jika kesan penyusutan dolar New Zealand lebih ketara, harga bakal susut di bawah paras 0.62000 dan melepasi paras sokongan MA50 sekaligus mencetus isyarat perubahan trend bearish.
Penurunan harga akan dijangka menguji paras dicecah minggu lalu sekitar 0.61300 sebelum harga menuju zon tumpuan pada 0.61000-0.66000.
Lihat gambar carta harga pasangan NZD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG