RBNZ Kekalkan Kadar Faedah Di Paras Terendah

196

Fokus pelabur pada hari ini adalah terhadap keputusan mesyuarat polisi monetari oleh bank pusat New Zealand yang mana menjadi data tumpuan utama pada minggu ini.

Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) pada mesyuarat September telah memutuskan kadar faedah dikekalkan di paras 1.00% tidak berubah seperti yang dijangkakan pasaran selepas penurunan 50 mata asas pada mesyuarat sebelum ini.

Ahli jawatankuasa mesyuarat juga tidak memberikan sebarang petunjuk terhadap perubahan pada unjuran polisi monetari yang dinyatakan sejak laporan Ogos lalu.

Sektor buruh berada dilihat berjaya dikekalkan di tahap maksimum sementara inflasi turut kekal berada pada sekitar sasaran bank pusat.

Perdagangan global serta ketegangan politik masih kekal berlarutan mempengaruhi penurunan pada unjuran pertumbuhan global, menekan permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan oleh New Zealand. Tahap keyakinan perniagaan di New Zealand juga kekal lemah.

Kadar faedah kekal berada di paras terendah dalam rekod sejarah sejajar dengan jangkaan inflasi rendah dan pertumbuhan kdar pada masa hadapan. Kadar faedah turut dijangka akan kekal rendah untuk tempoh waktu yang agak panjang.

Bank pusat melihat adalah perlu untuk kadar faedah dikekalkan di paras yang rendah bagi memastikan kenaikan inflasi ke paras pertengahan sasaran bank pusat dan mengekalkan kestabilan pada sektor pekerjaan.

Masih terdapat ruang untuk rangsangan monetari dan fiskal jika keadaan memerlukan bagi menyokong ekonomi dan mengekalkan objektif inflasi dan pekerjaan.

Dagangan dolar New Zealand dilihat menunjukkan lonjakan harga susulan keputusan mesyuarat polisi diumumkan sebentar tadi namun pergerakan harga kembali perlahan menuju penghujung sesi dagangan Asia.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat