Laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) diterbitkan pada penghujung minggu lepas menyaksikan impak besar terhadap pergerakan pasaran khususnya mata wang US dolar.
Secara keseluruhan, laporan pekerjaan untuk bulan Ogos adalah baik sekaligus menyokong pengukuhan nilai US dolar ketika dagangan menuju ke penutup sesi terakhir minggu itu.
Petunjuk terbaru itu juga mengurangkan jangkaan bagi pemotongan kadar faedah agresif untuk dilaksanakan Federal Reserve (Fed) pada mesyuarat September yang semakin hampir.
Minggu ini, data inflasi AS pula akan menjadi indikator utama yang diperhatikan Fed dan turut akan mempengaruhi keputusan penetapan dasar monetari mereka.
Kesan laporan NFP pada Jumaat lalu, dapat diperhatikan pergerakan volatile harga berlaku pada carta pasangan mata wang EUR/USD di sesi New York.
Harga pada mulanya melonjak naik mencapai ketinggian sekitar 1.11500 ketika reaksi awal laporan tersebut diterbitkan.
Namun, selepas US dolar kembali mengukuh semula, harga ditekan jatuh di bawah paras 1.11000 dan kemudiannya mencecah 1.10700.
Menyambung dagangan pada pembukaan sesi Asia di awal minggu ini, harga berlegar perlahan di sekitar penutupan minggu lalu, sekitar 1.10800.
Isyarat bearish diperhatikan apabila pergerakan harga kini mula berada di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut.
Kecenderungan untuk harga menyambung penurunan lebih rendah di awal minggu ini menjangkakan paras terendah minggu lalu sekitar 1.10300 akan dituju.
Penurunan lebih rendah sekiranya dilanjutkan dilihat akan mencecah zon tumpuan pada 1.10000.
Namun jika harga melonjak naik melepasi paras 1.11000, bakal memberi isyarat awal untuk corak kenaikan harga minggu lalu akan diteruskan semula.
Kenaikan harga akan cuba mencabar ketinggian yang dicapai pada Jumaat lalu sebelum diteruskan menuju sasaran pada rintangan 1.12000.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Market. Tebus bonus tanpa deposit bernilai $5.00 jika anda daftar hari ini KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS SEKARANG