Rekod Staking Cardano (ADA) Cantas Kedudukan Polkadot (DOT)

1,189

Tanpa disangka jumlah staking di Cardano (ADA) telah mendahului Polkadot (DOT) dengan rekod menghampiri $30 bilion berdasarkan analisis daripada CryptoDiffer.

Cardano mendahului carta dengan rekod staking mencapai $28.95, sengit mengalahkan Polkadot yang menyaksikan jumlah staking pada nilai $25.43 bilion.

Berdasarkan keseluruhan nilai pasaran Cardano yang mencecah $36.6 bilion, sebanyak 73% ADA telah dipertaruhkan.

Sebagai rekod, staking Cardano bermula ketika di fasa Shelley yang diperkenalkan pada Julai 2020. Pada ketika itu hanya ada 700 pools yang aktif sebelum melonjak tiga kali ganda kepada rekod semasa iaitu 2,300 pools.

Data positif ini telah menjadi satu rekod tertinggi berbanding mana-mana platform ketika kadar keyakinan meningkat dalam kalangan pengguna terhadap Cardano.

Bagaimanapun, prestasi harga ADA pada Ahad menunjukkan penyusutan sehingga 26% kepada nilai terendah mingguan iaitu $1.13.

Ketika penulisan, ADA didagangkan pada $1.18 sedikit meningkat daripada penyusutan hari minggu tetapi masih lagi susut lebih 8% untuk tempoh 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat