Revolusi ‘Face Mask’ – Senanglah Nak Makan Luar Lepas Ini

357

Unik! Pengendali rangkaian restoran makanan Itali di Jepun, Saizeriya Co. ‘mencipta’ pelitup muka yang boleh digunakan ketika makan dan minum.

Berdasarkan video demonstrasi yang ditunjukkan oleh seorang pegawai restoran itu menerusi saluran YouTube, pelitup muka tersebut akan dilipat hanya separuh bersama-sama sehelai napkin.

Napkin terbabit sekali gus bertindak sebagai penutup mulut namun orang ramai masih dapat menikmati makanan tanpa perlu membuka pelitup muka.

Menurut presiden restoran berkenaan, Issei Horino, napkin itu juga boleh menyekat sebarang kotoran makanan.

Jelas Horino, pihaknya mahu orang ramai seronok untuk menikmati makanan di restoran ketika dunia masih dilanda pandemik Covid-19.

Syarikat tersebut yang memiliki anak syarikat di Australia, China, Hong Kong, Taiwan dan Singapura, menggalakkan restoran-restoran lain untuk mengikut kaedah berkenaan dan memperkenalkan pelitup muka yang murah dan boleh digunakan ketika makan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat