Ringgit Dibuka Rendah Berbanding US Dollar

363

Ringgit Malaysia hari ini gagal meneruskan momentum positifnya apabila dibuka rendah berbanding US Dollar.

Bagaimanapun, Ringgit Malaysia diniagakan tinggi berbanding mata wang lain.

Pada pukul 9 pagi, Ringgit Malaysia berada pada 4.2400/2460 berbanding US Dollar daripada 4.2380/2420 ketika ditutup pada Khamis lalu.

Ringgit Malaysia diniagakan rendah selepas Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) memutuskan untuk memastikan kerosakan yang berlaku akibat pandemik Covid-19 dihadkan.

Sementara itu, Ringgit Malaysia merosot berbanding pound Britain kepada 5.5421/5508 daripada 5.5102/5176.

Selain itu, mata wang tempatan tersebut kukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0796/0851 daripada 3.0806/0849 serta meningkat kepada 3.9917/9977 daripada 4.0350/0400 berbanding yen Jepun.

Ringgit Malaysia juga dilihat mengembang berbanding Euro kepada 4.9816/9891 daripada 4.9826/9882.

Dalam perkembangan sama, minyak mentah diniagakan pada AS$43.32 setong, menyaksikan penyusutan sebanyak 0.46%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat