Ringgit Malaysia Dan Yuan China Menjadi Tumpuan Pelabur Dalam Pasaran Asia Pada Tahun Hadapan

125

Ringgit Malaysia dan yuan China tampil menjadi matawang Asia yang menjanjikan dan menarik perhatian pengurus dana luar untuk melaburkan modal mereka kedalam matawang tersebut pada tahun akan datang.

Menurut penganalisis Bloomberg, negara tersebut menikmati lonjakan dalam eksport, akaun semasa yang mencatat lebihan dan hasil kewangan yang menjanjikan menyebabkan pelabur optimis bahawa matawang tersebut akan terus mengukuh.

Malaysia

Berdasarkan laporan ekonomi yang lepas, pada bulan Disember, eksport negara Malaysia menunjukkan pertumbuhan 2 angka iaitu dengan mencatat peningkatan sebanyak 18.9% kepada RM82.41 bilion, melebihi angka RM80 bilion buat kali ketiga pada tahun ini.

Dari segi pasaran, perdagangan dengan ASEAN pada Oktober meningkat 22.4% kepada RM43.28 bilion, berbanding setahun lalu, merangkumi 28.1% daripada jumlah perdagangan negara.

Selain itu, pertumbuhan ekonomi Malaysia juga memberangsangkan, apabila pada suku tahun ketiga Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berada pada kadar 6.2 peratus iaitu antara yang tertinggi di dunia. Penganalisis menjangkakan pertumbuhan sebanyak 6.0% pada suku tahun keempat.

Ditambah pula dengan tindakan hawkish oleh Bank Negara dan pengukuhan harga minyak membuatkan matawang ringgit bertambah menarik.

China

Eksport China pada bulan November juga mencatat pertumbuhan 2 angka dengan pertumbuhan sebanyak 12.3% setahun.

Penganalisis berpendapat ekonomi China akan terus bertumbuh dengan pantas seiring dengan berkurangnya isu pencemaran dan pencegahan risiko kewangan.

Selain itu, ia turut didorong dengan peningkatan hasil bon dan syarikat pembuatan yang semakin kukuh.

Menurut pakar, ekonomi Asia akan terus berkembang dan matawang Asia akan terus mengukuh pada tahun 2018.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat