Ripple Berminat Nak Beli FTX?

214

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ripple, Brad Garlinghouse dilaporkan menunjukkan minat untuk membeli aset syarikat exchanger kripto FTX yang kini mengalami keruntuhan dalam sekelip mata.

Hasratnya dikatakan tercetus semasa Sam Bankman-Fried, CEO FTX bertindak menghubunginya bagi mengumpul seberapa banyak pelabur yang dapat memulihkan kembali perniagaannya daripada terus menuju ke lembah kejatuhan.

Semasa perbincangan, Bankman-Fried membicarakan jika CEO Ripple mempunyai perancangan untuk memiliki FTX manakala Garlinghouse pula bertindak menawarkan kecairan seandainya CEO FTX berhasrat memerlukannya.

Namun begitu, keadaan bertukar sebaliknya apabila Garlinghouse berpendapat keupayaan urus niaga FTX akan menjadi lebih sukar selepas FTX memfailkan muflis Bab11 di Amerika syarikat (AS).

Hal ini berikutan kerana terdapat 130 syarikat yang bergabung bersama FTX telah disenaraikan dalam pemfailan kebankrapan di Delaware, bilamana anak syarikat yang tidak termasuk dalam prosiding adalah LedgerX, FTX Digital Markets, FTX Australia Pty dan FTX Express Pay.

Walaupun Garlinghouse masih belum mengemukakan butiran lanjut mengenai perkara berikut, beliau telah meluahkan hasratnya untuk membeli bahagian FTX yang mampu memberi manfaat kepada para pelanggan.

Sementara itu, David Schwartz, Ketua Pegawai Teknologi Ripple menyatakan di akaun Twitter miliknya bahawa pekerja FTX yang tidak terlibat dalam pematuhan, kewangan atau etika perniagaan akan dibenarkan bekerja di Ripple.

Pada sisi berbeza, FTX telah melantik firma pentadbiran penstrukturan Kroll sebagai ejennya untuk menjejaki setiap tuntutan terhadap FTX serta memaklumkan kepada setiap pihak yang sentiasa berminat mengikuti perkembangannya sepanjang isu kebankrapan Bab11.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat