Rizab Antarabangsa BNM Cecah AS$104.9 bilion

365

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) mencecah AS$104.9 bilion pada 13 Nov berbanding AS$104.6 bilion yang direkodkan semasa 30 Oktober lepas.

BNM dalam satu kenyataan hari ini berkata, kedudukan rizab itu mencukupi untuk membiayai 8.6 bulan import tertunggak dan 1.2 kali jumlah hutang luar negera jangka pendek.

Menurut BNM seperti dipetik oleh Bernama, komponen utama rizab antarabangsanya adalah rizab mata wang asing (AS$95.2 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.4 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR; AS$1.2 bilion), emas (AS$2.4 bilion) dan aset rizab lain (AS$4.7 bilion).

Aset-aset ini terdiri daripada emas dan pertukaran asing serta termasuk SDR berjumlah RM435.95 bilion; Kertas kerajaan Malaysia (RM10.98 bilion); deposit dengan institusi kewangan (RM9.41 bilion); pinjaman dan pendahuluan (RM17.41 bilion); tanah dan bangunan (RM4.16 bilion); serta aset lain (RM13.66 bilion).

Katanya lagi, modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta); rizab (RM171.79 bilion); mata wang dalam edaran (RM128.14 bilion); deposit oleh institusi kewangan (RM144.09 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM12.32 bilion), dan deposit lain (RM8.3 bilion); kertas Bank Negara (RM13.59 bilion); peruntukan SDR (RM7.85 bilion) serta liabiliti lain (RM5.36 bilion).

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat