Rundingan Brexit Antara Kesatuan Eropah & UK ‘Suram’ – Keadaan Bertambah Buruk!

238

Pada minggu lalu dilaporkan bahawa Ketua perunding dari kedua-dua belah pihak iaitu Barnier dan David Frost menyatakan bahawa mereka sedang berusaha untuk mencapai kesepakatan walaupun masih terdapat jurang penting seperti isu penangkapan ikan,persaingan dan pentadbiran.

Atas dasar itu, Ketua perunding Brexit Kesatuan Eropah, Michel Barnier memohon agar beberapa konsesi dari UK sebelum memasuki fasa rundingan terakhir mengenai perjanjian perdagangan.

Perkembangan terknini mengenai rundingan Brexit pada hari ini malah menambah kekecewaan dimana pihak EU menyatakan bahawa kemajuan dalam rundingan perdagangan dengan UK adalah tidak mencukupi.

Salah seorang pegawai diplomat menyatakan bahawa memang terdapat usaha yang dilakukan namun ia masih belum memadai. Isu-isu kontroversi masih belum mendapat apa-apa kata putus.

United Kingdom (UK) secara rasmi telah meninggalkan EU pada 31 Januari namun undian pengunduran UK dari EU telah berlaku sejak empat tahun lalu dimaa 52% telah mengundi Brexit dalam referendum 2016. Kini , kedua-dua pihak sedang tawar-menawar mengenai kesepakatan perdagangan dimana tarikh akhir adalah pada 31 Disember.

Matawang GBP merosot banyak berbanding US dolar sebanyak 0.75% kepada bacaan 1.2966 setakat jam 9.30 p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat