Rundingan Dagang EU-UK Akan Diberikan Keutamaan Selepas Brexit Berlaku – Michel Barnier

272

Ketua Perunding Brexit Kesatuan Eropah (EU), Michel Barnier memberitahu anggota parlimennya bahawa beliau akan memberi keutamaan kepada perjanjian perdagangan baru antara UK dan EU selepas berlakunya Brexit.

Dalam ucapannya kepada anggota parlimen Eropah semalam, beliau berkata tempoh 11 bulan yang bermula daripada tarikh akhir Brexit pada 31 Januari sehingga tamat tempoh peralihannya, dilihat terlalu singkat untuk mengadakan rundingan perjanjian perdagangan.

Bagaimanapun, beliau memberitahu pihaknya akan berusaha untuk mencapai kesepakatan alam rundingan pada penghujung tahun 2020.

Rundingan akan datang bersama UK akan memberi tumpuan kepada permulaan pada pengaturan perdagangan teras, seperti rancangan untuk bebas cukai, perdagangan kuota bebas barang, yang dapat dilaksanakan tanpa perlu menunggu pengesahan daripada parlimen.

Barnier turut menyatakan isu-isu di luar skop rundingan dagangan, seperti perjanjian mengenai pengangkutan jalan dan hak berlepas serta pendaratan pesawat udara, akan mengambil masa yang lama.

Sementara itu, kerjasama mengenai keselamatan dan pertahanan bersama UK juga akan menjadi keutamaan kepada EU dalam rundingan tersebut.

Rancangan ini akan berlaku jika Perdana Menteri UK Boris Johnson memenangi majoriti dalam pilihan raya pada Disember ini, dan mendapatkan kelulusan ke atas perjanjian Brexitnya untuk keluar daripada EU ada 31 Januari 2020.

Kenyataan Barnier dikeluarkan susulan komennya terdahulu yang menyatakan bahawa rundingan mengenai hubungan perdagangannya dengan UK akan menghadapi kesukaran memandangkan kesatuan itu tidak akan bertolak ansur terhadap persaingan yang tidak adil.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat