Rundingan Penggabungan Axiata dan Telenor Masih Diteruskan

258

Axiata Group Bhd dan Telenor ASA pada Mei lalu, telah mengumumkan cadangan penggabungan operasi Asia di bawah entiti global yang digabungkan (MergedCo) seterusnya menjadikan mereka sebagai pengendali mudah alih terbesar di Malaysia. Bagaimanapun, terdapat spekulasi bahawa rundingan antara dua syarikat tersebut dibatalkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Axiata Jamaludin Ibrahim dalam laporan pendapatan Axiata hari ini, menyatakan bahawa rundingan dengan Telenor masih berjalan dan ia akan mengambil masa antara tiga atau enam bulan dengan jangkaan perbincangan tersebut berakhir November nanti.

Terdahulu, Axiata menyatakan bahawa kedua-dua pihak akan berusaha untuk mencapai perjanjian bersama dalam tempoh suku ketiga 2019, dengan Telenor sebagai pemegang saham majoriti MergedCo global dengan jangkaan 56.5% pemilikan manakala 43.5% oleh Axiata.

Dalam kenyataan berbeza pada awal Ogos, Axiata berkata jika tidak mendapat persetujuan oleh Telenor terhadap syarat Axiata untuk melindungi kakitangan dan kepentingan negara, mereka akan berundur daripada rundingan tersebut kerana walaupun penggabungan tidak dijalankan, mereka tidak mengalami sebarang kerugian.

Sementara itu, keuntungan bersih Axiata dilaporkan mencatatkan peningkatan kepada RM204.1 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun, 2019 berbanding kerugian bersih RM3.36 bilion yang direkodkan dalam tempoh sama 2018 dipengaruhi oleh prestasi yang lebih baik dalam semua syarikat operasi.

Melalui penggabungan tersebut akan menyaksikan gabungan antara Celcom Axiata Bhd dan Digi.Com Bhd serta dijangka akan menjadi pengendali terbesar di rantau Asia dengan 300 juta pelanggan mudah alih di sembilan negara.

Berikutan pengeluaran laporan pendapatan hari ini, saham Axiata naik kepada RM5.02 dengan 610, 700 saham dilakukan ketika sesi dagangan ditutup pada tengah hari.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat