Rundingan Semula NAFTA Terus Dibayangi Dengan Dasar Trump!

44

Salah seorang pegawai dari kanada berkata pada Selasa bahawa sebarang perbincangan bagi memperbaharui perjanjian NAFTA akan melibatkan ketiga-tiga buah negara. Beliau mengeluarkan kenyataan terbabit apabila timbul spekulasi yang mengatakan bahawa Amerika Syarikat akan bertemu dengan Kanada terlebih dahulu dan diikuti oleh Mexico.

Menteri Luar, Chrystia Freeland dalam satu sidang Amerika Utara mengatakan bahawa NAFTA merupakan perjanjian yang melibatkan tiga buah negara. Justeru sebarang jenis rundingan yang melibatkan NAFTA turut akan melibatkan ketiga-tiga anggota.

Presiden AS, Donald Trump mengatakan bahawa perjanjian perdagangan bebas telah mencuri pekerjaan di Amerika Syarikat. Jadi, beliau mahu agar NAFTA dirundingkan semula agar dapat mengurangkan defisit perdagangan yang agak besar dengan Mexico.

Washington juga sebelum ini dikatakan akan meletakkan tembok sempadan dengan Mexico dan mengenakan tariff terhadap barangan dari sana. Tindakan ini secara tidak langsuang akan melukakan aktiviti eksport Mexcio.

Dalam masa yang sama, Menteri Ekonomi Mexico, Guajardi Ildefonso mengatakan bahawa perjanjian tiga hala ini perlu diadakan bersama ketiga-tiga negara bagi meyakinkan pelabur bahawa undang-undang pelaburan yang sama akan diguna pakai buat kesemua negara.

Trump sebelum ini ada mengatakan hasratnya untuk meneruskan NAFTA, namun dia mahukan perubahan besar dengan Mexico.

Akhirnya ‘Forex Trading’ Jugak Lah Menjadikan Saya Insan Lebih Baik

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat