Rundingan Ukraine-Rusia Positif, Tapi Kenapa Matawang Utama Jatuh?

5,549

Raja mata wang US dolar terus mempertahankan momentum pengukuhan di tengah keyakinan yang meningkat bahawa Federal Reserve (Fed) akan menaikkan kadar faedahnya pada mesyuarat polisi yang bakal berlangsung pada minggu ini.

Pada sesi Asia, dolar greenback mengukuh pada sekitar paras tertinggi sejak Mei 2020 dengan turut menyusuli peningkatan hasil perbendaharaan AS 10 tahun yang meningkat di atas paras 2%.

Peningkatan yang dipaparkan hasil bon mencerminkan keyakinan pelabur untuk kenaikan kadar faedah, membenam mata wang yen ke paras terendah lima tahun berbanding USD.

Ketika Fed diharapkan hawkish, Bank Pusat Jepun (BOJ) yang turut bermesyuarat pada minggu ini pula dijangka akan kekal dovish meskipun menyatakan kebimbangan terhadap inflasi yang semakin meningkat.

Sementara itu, Bank Pusat England (BOE) juga akan mengadakan mesyuarat polisi minggu ini yang dijangka bakal meningkatkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas.

Walaupun begitu, ancaman terbaharu daripada sekatan ekonomi ke atas Rusia susulan serangannya terhadap Ukraine dilihat akan mempengaruhi keputusan BOE memandangkan impaknya turut dirasai UK.

Mata wang pound meneruskan penurunan ke paras terendah sejak November 2020 pada awal minggu, sementara euro juga suram di paras terlemah hampir dua tahun dengan didagangkan di bawah tahap 1.100 berbanding USD.

Dalam pada itu, rundingan Ukraine-Rusia pada hujung minggu dilaporkan positif berikutan kedua-dua pihak menyatakan terdapat kemajuan dalam perbincangan mereka mengenai perang di Ukraine.

Bagaimanapun, optimisme ini gagal menyokong mata wang utama untuk meningkat, sebaliknya didagangkan lemah berbanding US dolar yang kukuh.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat