Rupanya EUR/USD ‘Lambat Panas’, Akhirnya Terjun Uji Sekali Lagi Paras Terendah 2021

399

Matawang USD didagangkan lemah di kala penerbitan keputusan mesyuarat FOMC meski pun ramalan untuk Federal Reserve (Fed) melaksanakan pengurangan pembelian bon tepati jangkaan pelabur.

Walau bagaimanapun, dolar greenback itu nampaknya lambat untuk memanaskan enjin dalam memapar pengukuhan setelah raja matawang berkenaan akhirnya berjaya mengukuh pada Khamis.

Pengukuhan USD turut disokong oleh data NFP Amerika Syarikat (AS) bagi sektor swasta dan data perkhidmatan tinjauan ISM yang diterbitkan pada Rabu dengan bacaan yang sangat memberangsangkan.

Terbitan data NFP AS yang positif itu juga dijangka akan menguatkan lagi jangkaan pelabur untuk penerbitan data NFP AS yang bakal diterbitkan pada malam ini untuk mengukuhkan lagi nilai USD.

Mengkaji kepada carta harga pasangan matawang EUR/USD, harga dilihat bergerak perlahan pada dagangan Rabu sebelum memanjat semula pada penghujung sesi sehingga melepasi paras 1.16000.

Namun ketika pembukaan dagangan Khamis tampaknya pergerakan harga terus menjunam sehingga lah kembali menguji paras terendah 2021 sekitar 1.15300 dengan penurunan lebih 80 pips.

Tetapi paras terendah itu telah menyokong sedikit lonjakan untuk menutup pasaran di paras 1.15575 dan kekal bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) untuk isyarat trend bearish.

Sekiranya pergerakan harga berupaya untuk mengekalkan trend penurunan, paras terendah 1.15300 berkemungkinan akan diuji semula sebelum menyusut ke zon sokongan terdekat pada 1.15000.

Penurunan tersebut juga sama sekali akan terus mencatat paras terendah terbaharu 2021 dan zon sokongan tersebut adalah zon rintangan yang paling sukar dirobek pada dagangan 2018 sehingga 2020.

Manakala jika pergerakan harga kembali mempersembahkan pendakian, zon SBR (support become resistance) 1.16000 berkemungkinan akan sekali lagi diuji sebelum jangkaan akan terus meningkat.

Peningkatan yang lebih tinggi bakal melihat harga menuju ke zon SBR seterusnya pada 1.17000 dan akan menyaksikan harga memberi isyarat awal untuk membuat perubahan trend bullish.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat