Rusia Bakal Perkenalkan Undang-Undang Mining Kripto Tahun Ini!

191

Kementerian Kewangan Rusia dan Bank Rusia menyetujui draf rang undang-undang mining kripto yang akan diterima pakai menjelang akhir tahun ini.

Menurut Anatoly Aksakov, Pengerusi Jawatankuasa Pasaran Kewangan Duma, rang undang-undang kripto mining akan dibentangkan di State Duma dalam masa terdekat.

Tambahnya lagi mining kripto harus dibuat di kawasan loji kuasa hidroelektirk dan nuklear kerana beliau yakin operasi intensif tenaga seperti mining kripto tidak sesuai di kawasan yang kekurangan tenaga.

Malah Kementerian Pembangunan Ekonomi menyokong pendapatnya dengan menyatakan bahawa mining kripto sesuai dilakukan di kawasan stabil yang mempunyai lebihan penjanaan elektrik.

Oleh demikian, kerajaan telah melantik pakar menyenaraikan kawasan yang sesuai dan tidak sesuai untuk mining kripto di Rusia.

Hasil tinjauan mendapati loji kuasa hidroelektrik di Wilayah Irkutsk dan Wilayah Krasnoyarsk menawarkan tenaga elektrik murah manakala loji kuasa nuklear wilayah Tver, Saratov, Smolensk serta Leningrad menyediakan tenaga elektrik yang stabil.

Pakar juga percaya bahawa pihak berkuasa akan melarang mining kripto di bandar berpenduduk seperti Moscow dan kawasan perindustrian.

Baru-baru ini, Kementerian Kewangan dan Bank Rusia turut meluluskan bil penyelesaian kripto rentas sempadan kerana mempercayai penggunaan mata wang kripto dalam penempatan rentas sempadan akan memberi manfaat kepada negara.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat