Rusia Hentikan Bekalan Gas Ke 2 Negara Eropah

2,874

Syarikat tenaga Rusia, Gazprom telah memberitahu Poland dan Bulgaria bahawa ia akan menghentikan penghantaran gas ke kedua-dua negara berkuatkuasa pada 27 April.

Firma gas negara Poland PGNiG dan Kementerian Tenaga Bulgaria kemudiannya mengesahkan perkara tersebut bahawa mereka telah diberitahu oleh Gazprom.

Ini secara tidak langsung menjadikan Poland dan Bulgaria negara pertama yang dihentikan bekalan gas mereka sejak Presiden Vladimir Putin menggesa pembeli asing yang ‘tidak mesra’ untuk melakukan pembayaran eksport gasnya dalam mata wang rubel.

Kedua-dua negara bagaimanapun enggan membayar dengan cara tersebut.

Sekitar 60% import dibayar dalam euro, dan selebihnya dalam dolar. Permintaan Putin dilihat bertujuan untuk membantu meningkatkan mata wang Rusia di tengah-tengah perangnya di Ukraine.

Pemimpin Eropah enggan mematuhi permintaan Putin dengan mengatakan pembayaran dalam mata wang rubel bermakna ia melanggar syarat kontrak dengan Gazprom.

PGNiG bergantung pada Gazprom untuk sebahagian besar import gas dan membeli 53% daripada importnya daripada syarikat Rusia pada suku pertama tahun ini. Ia menyifatkan penamatan tersebut sebagai pelanggaran kontrak dan mereka akan mengambil langkah untuk memulihkan semula aliran gas.

Bulgarian pula bergantung pada Gazprom untuk lebih daripada 90% bekalan gasnya. Syarikat itu mengatakan telah mengambil langkah untuk mencari sumber alternatif dan tiada sekatan ke atas penggunaan gas diperlukan buat masa ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat