Rusia ‘Test’ Tembak Peluru Berpandu Di Laut Jepun!

443

Kementerian Pertahanan Rusia hari ini mengesahkan tentera lautnya telah melepaskan peluru berpandu anti-kapal supersonik ke arah sasaran palsu (mock target) di Laut Jepun.

Dua peluru berpandu jelajah Moskit dikatakan berjaya menembak sasaran yang merupakan sebuah kapal perang musuh palsu dari jarak kira-kira 60 batu (100 km).

Moskit atau SS-N-22 Sunburn, ialah peluru berpandu jelajah anti-kapal supersonik jarak sederhana dari Soviet yang mampu memusnahkan kapal dalam jarak sehingga 120 km.

Bertindak balas kepada tindakan tersebut, Menteri Luar Jepun Yoshimasa Hayashi berkata negara itu akan terus berwaspada terhadap operasi ketenteraan Moscow.

Selain itu, beliau juga mengesahkan bahawa tiada kerosakan telah dilaporkan selepas pelancaran peluru berpandu tersebut.

Minggu lalu, dua pesawat pengebom strategik Rusia yang berkeupayaan membawa senjata nuklear telah terbang di atas Laut Jepun selam  a lebih tujuh jam, di mana Moscow mengatakannya sebagai penerbangan yang dirancang.

Dalam pada itu, Hayashi turut mengkritik rancangan Kremlin untuk menempatkan senjatan nuklear taktikal di Belarus serta menuntut Rusia supaya menghentikan tindakan yang akan meningkatkan lagi ketegangan.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat