Rusia Tuduh Meta Sebagai Pertubuhan Pengganas!

150

Badan utama perisikan kewangan di Rusia yang dikenali sebagai The Rosfinmonitoring atau Federal Financial Monitoring Service melabel syarikat media sosial Meta Platform Inc sebagai organisasi yang terlibat dalam keganasan dan aktiviti ekstremis.

Rusia sebelum ini telah melarang penggunaan Facebook, Instagram dan Twitter di negaranya tetapi membenarkan akses kepada WhatsApp.

Rentetan itu, Meta memfailkan rayuan di Mahkamah Moscow ekoran larangan Rusia tersebut, namun rayuannya ditolak.

Diperjelaskan, pendakwa raya negeri mendakwa Meta membenarkan rakyat negaranya terbabit dalam tindakan keganasan terhadap Rusia serta mewujudkan suasana negatif.

Selepas serangan Rusia ke atas Ukraine, Meta turut dituduh menindas individu pro-Rusia namun menafikan kesemua dakwaan yang diterimanya.

Walaupun begitu, pakar menegaskan bahawa Rusia mengharamkan platform media sosial susulan tidak mendapat kebebasan bersuara.

Oleh demikian, Rusia berusaha mengawal aliran maklumat serta menghalang sebarang perbezaan pendapat yang dikemukakan terhadap Rusia di media sosial.

Dalam pada itu, perang Rusia-Ukraine telah membahayakan kestabilan kewangan global ditambah juga memberi kesan buruk kepada ekonomi secara global.

Disebabkan paras inflasi melambung tinggi di Amerika Syarikat (AS) dan harga tenaga melonjak sejak serangan Rusia terhadap Ukraine, Presiden AS Joe Biden terus-menerus menyalahkan Presiden Rusia Vladimir Putin dengan mengatakan beliau adalah punca masalah itu timbul.

Malah langkah bank-bank pusat turut menjadi sebab kejatuhan dalam pasaran global susulan membuat tindakan pengetatan kuantitatif.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat