Russia Bakal Mengadakan Perjanjian Lanjut Dengan OPEC Mengenai Pembekuan Bekalan Logam Hitam

39

Russia dikatakan akan mengadakan perbincangan selanjutnya mengenai pembekuan bekalan yang telah dicapai oleh OPEC pada Sabtu tentang pelaksanaan pembekuan bekalan.

Russia sebelum ini berjanji untuk mengurangkan pengeluaran sebanyak 300,000 tong sehari jika OPEC benar-benar melaksanakan rancangan mereka untuk membekukan output bagi membendung 32.5 juta tong sehari pada bulan Januari tahun depan.

Pada 10 Disember, OPEC dikatakan akan mengadakan perbincangan lanjut mengenai isu terbabit. OPEC juga dalam usaha untuk mengurangkan sebanyak 600,000 tong sehari daripada pengeluar yang bukan dalam kalangan ahli OPEC.

Russia juga melihat risiko yang lebih tinggi terhadap perjanjian ini apabila output yang dikeluarkan pada bulan November meningkat mendadak selepas perjanjian tersebut.

Menurut kaji selidik oleh Bloomberg News terhadap penganalisis pasaran, syarikat minyak dan kapal tangki, pengeluaran minyak mentah bagi bulan November meningkat kepada rekod sebanyak 34.16 juta tong sehari.

Perjanjian untuk membekukan bekalan sebelum ini mengecualikan Angola, Nigeria dan Libya berikutan gangguan bekalan yang dihadapi mereka baru-baru ini. Ini bermakna, pertambahan dalam pengeluaran oleh ketiga-tiga negara itu berupaya menjejaskan keupayaan OPEC bagi mencapai sasaran pengeluaran sebanyak 32.5 juta tong sehari.

Apa Yang Anda Faham Tentang Sentimen Pasaran? Kami Beri Penjelasan Lanjut Dalam Artikel Ini! 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat