Sabar, Harga Emas Belum Mahu Turun Lagi!

1,301

Emas kekal stabil pada paras tertinggi 6 minggu dengan harga berada di landasan untuk keuntungan minggu ketiga berturut-turut setelah mendapat sokongan daripada krisis perbankan global.

Pada sesi Asia, logam kuning itu didagangkan meningkat pada $1,925 per auns, manakala niaga hadapan emas pula lebih kukuh pada $1,929 per auns.

Harga emas telah mendapat manfaat sebagai safe haven di tengah-tengah kebimbangan pasaran terhadap krisis bank yang telah menyaksikan kejatuhan Silicon Valley Bank (SVB) dan Signature Bank Amerika Syarikat minggu ini.

Krisis itu kemudiannya berlanjutan, menyaksikan First Republic Bank dan Credit Suisse hampir mengalami kegagalan tetapi sempat diselamatkan sokongan kecairan oleh pihak tertentu.

Turut menyokong logam berharga itu adalah kelemahan US dolar yang disebabkan jangkaan kenaikan kadar faedah yang lebih kecil oleh Federal Reserve (Fed) berikutan isu tersebut.

Pasaran kini meletakkan jangkaan bahawa bank pusat itu akan meningkatkan kadar sebanyak 25 mata asas atau mengekalkannya tidak berubah pada mesyuarat polisi FOMC minggu depan.

Hasilnya, emas berjaya mencatat keuntungan lebih 3% minggu ini, dan meningkat lebih $100 sejak kejatuhan terendah yang dicatatkan minggu lalu pada $1,809.

Berminat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai pasaran mata wang? Jom sertai komuniti kami. Klik di sini untuk join.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat