Sah! Kripto Sebahagian Komoditi, Bukannya Ekuiti

1,948

‘Akhirnya ada badan penyelia rasmi sendiri yang akan awasi kripto.’

Segala berkaitan aset mata wang kripto kini di bawah penyeliaan Suruhanjaya Dagangan Niaga Hadapan Komoditi (CFTC).

Ia adalah susulan pengenalan rang undang-undang oleh Senat Amerika Syarikat (AS) yang menyaksikan keperluan pengawalan selia derivatif terhadap Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH) termasuk mana-mana produk kripto lain.

Langkah tersebut, diperkenalkan ahli Demokrat dan Republikan dalam Jawatankuasa Pertanian Senat, menandakan aset kripto kini dikategorikan sebagai komoditi.

Ini bermakna sesebuah syarikat yang menyediakan platform kripto perlu mendaftar dengan CFTC termasuk broker mahupun bursa mata wang digital.

Diperjelaskan bahawa pendaftaran tersebut diperlukan bagi mengekalkan harga yang adil, mencegah manipulasi pasaran, mengelak konflik kepentingan dan mengekalkan ‘sumber kewangan yang mencukupi’.

Ulas Senat Debbie Stabenow dan Senat John Boozman, perkara ini akan memberi kejelasan yang diperlukan pasaran kripto dengan meletakkan sebahagian besar polisinya di bawah satu pengawal selia.

Umumnya, rang undang-undang tersebut menyertai senarai perundangan yang semakin meningkat melibatkan mata wang kripto rentetan daripada keruntuhan Terra Luna dan USDC pada awal tahun ini.

Dalam pada itu, Stabenow menjelaskan bahawa rang undang-undang tersebut tidak bertujuan meliputi keseluruhan pasaran kripto atau menjejaskan keupayaan Suruhanjaya Sekuriti (SEC) dan Bursa dalam mengawasinya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat