Sah! OPEC+ Potong Bekalan 2 Juta Tong Sehari, Apa Reaksi Biden?

241

OPEC+ sepakat untuk menurunkan pengeluaran minyak pada pertemuan yang berlangsung pada Rabu, sekali gus memacu pengukuhan harga minyak ke paras tertinggi tiga minggu.

Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya OPEC+ bersetuju untuk memotong pengeluaran sebanyak 2 juta tong sehari sebagai usaha mengekang kelemahan harga minyak mentah.

Langkah itu yang disusuli dengan tanda-tanda pengurangan lebih besar dalam bekalan minyak mentah Amerika Syarikat, telah mendorong lonjakan harga minyak yang membantunya pulih lebih kuat daripada paras terendah lapan bulan yang disentuhnya pada September.

Data dari Pentadbiran Maklumat tenaga (EIA) mendedahkan inventori minyak AS jatuh sebanyak 1.3 juta tong minggu lepas, yang juga merupakan penurunan kedua berturut-turut dan terbesar dalam tempoh lima minggu.

Berbalik kepada OPEC+, Arab Saudi mengatakan keputusan tersebut dibuat sebagai tindak balas kepada kenaikan kadar faedah bank pusat global dan ekonomi dunia yang semakin lemah.

Bagaimanapun, White House menyatakan kekecewaan Presiden Joe Biden terhadap keputusan tersebut yang dilihat sebagai berfikiran sempit dan mungkin bertindak balas dengan mengeluarkan lebih banyak minyak daripada rizab simpanannya.

Niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan lebih tinggi pada sesi Asia di sekitar harga $93 setong, manakala dagangan WTI AS pula kukuh $88 setong.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat