Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Pasaran saham Asia jatuh daripada paras tertinggi berikutan kejatuhan harga minyak dan komoditi semalaman.
Indeks saham Asia Pasifik terbesar di MSCI di luar Jepun jatuh 0.1% daripada rekod tertinggi berikutan kemerosotan saham sumber yang terjejas. Indeks Nikkei, Jepun juga mencatat kejatuhan iaitu sebanyak 0.7% daripada paras tertinggi yang dicapai pada 26 tahun lalu.
Peningkatan saham Wall Street terbatas apabila saham tenaga dan General Electric (GE.N) mencatat kejatuhan.
Saham Facebook juga mencatat kejatuhan 3.9% di New York iaitu rugi sebanyak $2.9 bilion selepas Mark Zuckerberg mengurangkan kandungan iklan dan menambah kandungan sosial di laman berkenaan.
Bursa Malaysia pada hari Rabu dibuka rendah berikutan aktiviti pengambilan untung oleh pelabur.























































