Saham Censof Mencanak Ke Paras Tertinggi 5 Tahun!

706

Syarikat teknologi, Censof Holdings Bhd yang dinamakan sebagai rakan kongsi Microsoft di bawah inisiatif Bersama Malaysia, menyaksikan harga sahamnya melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh lima tahun pada sesi dagangan pagi yang aktif hari ini.

Pada pukul 9.57 pagi, saham Censof meningkat 34.21% atau 13 sen kepada 51 sen, menjadikan permodalan pasarannya sebanyak RM271.83 juta.

Jumlah dagangan sebanyak 174.83 juta, melepasi purata pergerakan 200 harinya iaitu 8.59 juta.

Saham itu melonjak sebanyak 88.9% tahun kepada tarikh (YTD) daripada ketika didagangkan pada 26.5 sen sesaham pada 31 Disember tahun lalu.

Semalam, kerajaan mengumumkan kerjasama dengan Microsoft di bawah inisiatif Bersama Malaysia, yang menyaksikan penubuhan pusat data serantau pertamanya di negara ini.

Microsoft menandatangani lima memorandum persefahaman (MoU) dengan agensi kerajaan dan syarikat tempatan untuk melatih kira-kira sejuta rakyat Malaysia menjelang 2023 untuk membantu mewujudkan peluang ekonomi untuk rakyat serta perniagaan di era digital.

Microsoft memaklumkan akan bekerjasama dengan Censoft, Silverlake Group dan Web Bytes bagi memacu transformasi digital industri utama negara.

Awal bulan ini, Censof melengkapkan pengambilalihan kepentingan ekuiti sebanyak 30.87% dalam Asian Business Software Solutions Pte Ltd dengan harga RM14.1 juta.

Asian Business Software terbabit dalam pembangunan dan membekalkan perisian perakaunan serta pengurusan kewangan untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat