Saham Formosa Prosonic Pamer Peningkatan Drastik, Tarik Perhatian Pelabur!

255

Saham Formosa Prosonic Industries Bhd pamer kenaikan sebanyak 13.16% atau 37 sen kepada RM3.18 di sesi perdagangan Bursa Malaysia hari ini.

Melihat kepada carta pergerakan, saham pengeluar sistem pembesar suara itu dibuka 15 sen lebih tinggi daripada paras penutupan pada Khamis sekitar RM2.81.

Pada 12.05 tengah hari, kaunter Formosa Prosonic dilihat masih melonjak 12.1% atau 34 sen kepada RM3.15 dengan 6.9 juta saham diniagakan.

Ketika mencapai paras RM3.15, kumpulan itu memiliki permodalan pasaran sebanyak RM779.18 juta.

Formosa Prosonic menyatakan bahawa catatan pertumbuhan keuntungan bersih suku kedua berakhir pada 30 Jun 2021 meningkat 174.18% kepada RM23.19 juta daripada RM8.46 juta.

Susulan itu, pendapatan syarikat juga melonjak dua kali ganda kepada RM233.18 juta berbanding RM107.62 juta pada tahun lalu.

“Menilai kepada kedudukan kewangan kumpulan, ia masih kekal kukuh dengan kedudukan tunai bersih.”

“Namun terdapat juga rintangan dalam rantaian penawaran terutama sekali pada kekurangan bahan serta kenaikan pembiayaan material yang akan mempengaruhi tahap operasi,” katanya.

Berdasarkan kepada pelbagai faktor, kumpulan itu kekal memperhatikan kutipan penghutang perdagangan yang berada dalam julat normal sekitar 60 sehingga 90 hari.

Manakala tahap inventori yang lebih tinggi diperlukan bagi menyokong keperluan pengeluaran dan penghantaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat