Saham Kripto Ini Bullish Ketika BTC Naik! Ada Yang Sempat Sauk Harga Rendah?

665

“Wow, terbaiklah, siapa yang beli saham kripto ni mesti untung besar kan?”

Saham miners mata wang kripto dan firma penjejak Bitcoin (BTC) menggunung tinggi dalam perdagangan prapasaran pada Jumaat lepas apabila harga BTC akhirnya berjaya menyaksikan kenaikan besar-besaran sehingga $41,727.

BTC telah memperoleh keuntungan sejak Oktober 2023 susulan terdapat keyakinan berterusan terhadap potensi kelulusan spot BTC ETF yang mungkin mengeluarkan lebih banyak pelaburan modal dalam pasaran kripto.

Berbalik pada penerangan asal, antara saham mining BTC yang keuntungannya bertambah baik semasa harga aset digital itu meningkat adalah Riot Platforms, Marathon Digital, Cipher Mining dan TeraWulf susulan raih antara 2.4% serta 4%.

Bukan itu sahaja, saham pembuat mesin mining BTC Canaan turut mencanak hampir 4% ketika harga BTC naik ditambah pula terdapat firma mining yang meningkatkan pengeluarannya sebelum acara halving BTC berlaku pada tahun depan.

Suka dimaklumkan bahawa saham Microstrategy juga menyaksikan kenaikan ketara hampir 5% manakala ProShares Bitcoin Strategy ETF pula raih 2%.

Memang tidak dinafikan bursa kripto di AS telah melaporkan penurunan jumlah dagangan pada awal bulan, tetapi saham Coinbase tetap melonjak 2.6% susulan daripada kenaikan 62% pada November 2023 yang mengatasi pendakian BTC sebanyak 11%.

Menurut penganalisis CFRA Research Michael Elliott, harga kripto yang lebih tinggi seharusnya membawa pada peningkatan dalam jumlah transaksi dan hasil transaksi untuk Coinbase apabila memasuki tahun 2024.

Bagaimanapun, Elliott memberi amaran bahawa bursa kripto masih menghadapi cabaran dalam undang-undang dan peraturan baharu, oleh itu pasaran saham mungkin akan melihat turun naik pada masa hadapan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat