Saham Merudum Manakala Hasil Bon Menyusut Selepas Bacaan Data Inflasi Tepati Ramalan

236

Ekuiti global gagal mengekalkan keuntungan sementara hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) menyusut selepas bacaan data inflasi melepasi jangkaan pelabur.

Bacaan bagi indeks harga pengguna (CPI) bulanan AS naik 1.2% untuk Mac, menepati ramalan, iaitu kenaikan terbesar dalam 6 tahun setengah, seterusnya mengukuhkan jangkaan Federal Reserve (Fed) untuk menaikan kadar faedah sebanyak 50 mata asas pada bulan depan.

Sementara itu, penanda aras hasil Perbendaharaan 10 tahun gagal meneruskan trend kenaikan buat sesi ke-9 apabila ia jatuh 6.1 mata asas pada 2.721% ekoran bacaan inflasi telah ditetapkan harga dan mencerminkan kegelisahan pasaran terhadap tindak balas agresif oleh Fed.

Naib Presiden strategi pelaburan Glenmede, Mike Reynolds berkata walaupun inflasi masih menjadi naratif makro utama namun mereka melihat terdapat beberapa tanda yang menggalakkan muncul.

Pasaran Wall Street memperlihatkan indeks purata Dow Jones Industrial jatuh 0.02%, S&P 500 hilang 0.02% sementara Nasdaq Composite tambah 0.12%.

Indeks STOXX 600 pan Eropah hilang 0.35% dan tolok MSCI saham seluruh dunia susut 0.24%.

Jan von Gerich, seorang ketua penganalisa Nordea berkongsi pandangan bahawa pasaran mengambil keputusan bahawa bank pusat terlalu lewat dan perlu melakukan lebih banyak usaha dalam membendung inflasi, dan turun naik sederhana dalam ekuiti tidak cukup untuk menghentikannya.

Dalam pada itu, pelabur dilihat sedang menunggu laporan musin pendapatan suku pertama bagi bank-bank besar pada Rabu dengan kebanyakannya dijangka melaporkan penurunan mendadak dalam pendapatan dari setahun sebelumnya.

Ringkasan mengenai mata wang, indeks dolar naik 0.26% sementara Euro turun 0.53% pada $1.0825 ekoran pilihan raya Perancis sementara Yen terus parah kerana komitmen Bank of Japan (BOJ) dalam mengekalkan polisi ultra longgar disebalik fasa pengetatan dasar monetari dunia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat