Saham Mestron Lonjak Paras Tertinggi

357

Saham Mestron Holdings Bhd melonjak sebanyak 11.63% ke paras tertinggi sepanjang masa ketika sesi dagangan awal pagi ini berikutan unjuran teknikal yang positif terhadap saham terbabit.

Pada pukul 9.17 pagi, pembekal produk industri dan perkhidmatan itu menyaksikan sahamnya meningkat sebanyak 2.5 sen kepada 24 sen dengan 85.4 juta saham didagangkan.

Menurut RHB Retail Research, saham Mestron melonjak selaras dengan peningkatan jumlah dagangan.

Dalam nota dagangan saham hari ini, firma berkenaan mengatakan dengan kenaikan dalam jumlah dagangan baru-baru ini, sentimen pasaran cenderung menjadi ‘bullish’ dan saham Mestron bersedia untuk mencabar paras rintangan segera iaitu pada 21.5 sen.

“Jika syarikat itu berjaya daripada rintangan, kami meramalkan momentum positif untuk mendorongnya ke tahap rintangan berikutanya iaitu pada 24 sen dan ini diikuti oleh 25.5 sen.

Ujar RHB Retail Research, sekiranya berlaku penembusan penurunan pada paras sokongan iaitu 19 sen, ramalan itu akan ‘terbatal’ dan pembetulan harga saham akan berlaku.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat