Saham PMB Technology Pamer Aksi ‘Ekstravaganza’ Pada Permulaan Minggu Ini

152

Harga saham PMB Technology Bhd mempamerkan aksi garang pada permulaan sesi perdagangan minggu ini dengan mencapai paras ketinggian sepanjang masa yang terbaharu kepada RM9.45.

Setakat 11.32 pagi, harga saham kaunter itu telah melonjak 22.31% kepada RM9.10 dengan memperoleh permodalan pasaran sebanyak RM1.97 bilion.

Lonjakan itu juga sekali gus telah mendorong saham PMB tersenarai sebagai kaunter kedua yang paling tinggi mencatatkan keuntungan di Bursa Malaysia hari ini.

Bagi pergerakan pasaran 2021, kaunter itu telah meningkat 95.10% daripada paras RM4.69 yang dicapai pada 4 Januari 2021 manakala menyaksikan lonjakan 256.03% jika dinilai pada tempoh yang sama tahun lalu.

PMB Technology merupakan sebuah syarikat induk pelaburan yang terlibat dalam pembuatan dan pengedaran produk berkaitan aluminium serta bahan binaan yang berkaitan.

Untuk pengetahuan, Press Metal Aluminium Holdings Bhd adalah pemegang saham terbesar PMB Technology dengan memiliki pegangan sebanyak 20.87%.

Namun tidak mustahil lah saham PMB melonjak gah pada sesi dagangan hari ini dek kerana harga logam dan aluminium yang ketika ini dilihat masih meningkat serta permintaan produk yang semakin tinggi.

Pada suku kedua yang berakhir pada 30 Jun 2021, PMB Technology telah menyaksikan peningkatan kadar keuntungan bersih kepada RM11.58 juta berbanding RM1.36 juta.

Manakala pendapatan syarikat juga telah menokok dua kali ganda kepada RM178.25 juta daripada RM84.86 juta yang dicatatkan pada tahun lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat