Saham SAM Engineering Papar Aksi ‘Garang’, Rekod ATH Terbaharu

558

Harga saham SAM Engineering & Equipment (M) Bhd merekodkan aksi garang dengan mencapai paras ketinggian sepanjang masa (ATH) terbaharu pada sesi perdagangan di Bursa Malaysia hari ini.

Setakat 12.28 tengah hari, kaunter itu mencanak 13.88% kepada RM19.36 setelah menuju ke paras ATH pada pagi ini sekitar RM19.90 dan tersenarai sebagai kaunter ke-5 yang paling untung.

Pada paras RM19.36, saham SAM Engineering mempaparkan perolehan permodalan pasaran sebanyak RM2.62 bilion dengan 841,300 saham diniagakan.

Walau bagaimanapun, bayangan peningkatan tersebut masih belum diketahui dan tidak dapat dipastikan dengan kadar segera.

Meniliti kepada laporan yang dinyatakan pada 15 September, syarikat itu telah menutup dua kilang di Pulau Pinang selama 14 hari bagi tujuan pembersihan berdasarkan garis panduan Kementerian Kesihatan (KKM).

Ia susulan terdapat beberapa pekerja subkontraktor di kilang tersebut didapati positif selepas membuat ujian saringan Covid-19 dan telah diarahkan tutup buat seketika oleh kementerian.

Dalam pada itu, keuntungan bersih SAM Engineering telah melonjak kepada RM11.98 juta pada suku kedua yang berakhir pada 30 Jun 2021 berbanding RM7.21 juta.

Pendapatan syarikat juga turut melonjak menjadi RM202.78 juta daripada RM170.98 juta pada tempoh yang sama tahun lalu.

Saham kumpulan itu telah menyaksikan pendakian 163.40% daripada paras penutupan pasaran RM7.35 pada 4 Januari 2021.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat