Saham Sapura Energy Tunjuk ‘Belang’ Di Awal Dagangan

635

Harga saham Sapura Energy Bhd melonjak pada awal dagangan Khamis di Bursa Malaysia susulan pemerolehan tujuh kontrak dan lanjutan di Malaysia dan Thailand dengan nilai keseluruhan sebanyak RM1.2 bilion.

Pada pukul 10.08 pagi, saham Sapura Energy naik setengah sen kepada 13 sen dengan 10.13 juta saham bertukar tangan.

Berdasarkan kenyataan kepada Bursa Malaysia, Sapura menjelaskan bahawa kontrak berkenaan adalah bagi segmen kejuruteraan dan pembinaan, operasi dan penyelenggaraan serta penggerudian.

Susulan itu, ia menjadikan andaian nilai perolehan kontrak baharu dalam tangan berjumlah RM6 bilion bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Jan 2022.

AmInvestment Bank meramalkan bahawa jumlah nilai perolehan kontrak dalam tangan syarikat itu boleh meningkat sebanyak 10% kepada RM13 bilion yang bakal meningkatkan lagi nilai bidaannya sehingga RM53 bilion pada masa kini.

Menurut bank pelaburan itu, Sapura Energy juga sedang berusaha untuk mencari projek prospektif yang bernilai sehingga RM93 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat