Saham Snap Jatuh 30%, Seiring Penurunan Gergasi Teknologi Lain

202

‘Nak kata pengguna kurang guna media sosial macam tak, tapi mungkin ramai dah sibuk dengan kerja atau keluarga kan.’

Mungkin aplikasi media sosial, Snapchat tidak popular di Malaysia, namun aplikasi tersebut merupakan antara platform media sosial setaraf Facebook, Twitter dan Instagram di Amerika Syarikat (AS).

Sebagai antara media sosial popular dalam kategori gergasi teknologi, Snap Inc turut sama terkena tempias kejatuhan saham bertemakan teknologi yang melanda pasaran.

Saham Snap bukan sahaja menjunam 30% pada sesi dagangan Isnin tetapi syarikat turut gagal mencapai sasaran hasil dan perlu melaraskan semula pendapatan pada suku semasanya.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Evan Spiegel, laporan pendapatan suku pertama (1Q) Snap gagal mencapai jangkaan Wall Street dan melewati unjuran pertumbuhan hasil yang ditetapkan syarikat iaitu pada 20% ke 25%.

Rentetan itu, Snap terpaksa melaraskan semula pendapatan syarikat termasuk memperlahankan pengambilan pekerja sehingga akhir tahun dalam usaha menguruskan perbelanjaan.

Sungguhpun begitu, Spiegel menegaskan bahawa Snap akan tetap mengambil lagi 500 pekerja baharu sebelum akhir tahun cuma dalam kadar yang perlahan daripada sebelum ini pada 2,000 pekerja baru dalam tempoh 12 bulan.

Antara faktor kepada kegagalan laporan pendapatan 1Q Snap yang dikenalpasti Spiegal adalah kenaikan inflasi, kenaikan kadar faedah, masalah kekurangan bekalan, isu buruh, perubahan polisi sekuriti Apple dan impak perang di Ukraine.

Semasa penutupan sesi dagangan Isnin, saham Snap dilihat jatuh 50% bagi tahun ini.

Selain itu, trend kejatuhan pada saham teknologi dilihat berterusan pada sesi dagangan Isnin apabila Facebook milik Meta Platform Inc turun 7%, Twitter Inc susut 4%, Pinterest jatuh 12% dan Alphabet Google hilang 3%.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat