Saham Susut Hampir 80%, GNC Isytihar Bankrap

2,005

Syarikat GNC Holdings (General Nutrition Centers) akhirnya telah menfailkan kebankrapan bawah Bab 11 dengan rancangan untuk menutup sebanyak 1,200 daripada 5,200 cawangan di Amerika Syarikat (AS) sementara mereka dalam usaha mencari pembeli.

Ini menjadikan mereka syarikat runcit yang ke-15 menfailkan kebankrapan pada 2020 selepas Tuesday Morning pada 27 Mei lalu.

Dilaporkan GNC dihimpit dengan jualan yang berkurangan dan pembayaran hutang bernilai $900 juta. Wabak COVID-19 memaksa 40% cawangannya terpaksa ditutup dengan jumlah kerugian bagi suku pertama tahun ini sebanyak $200 juta, kemungkinan cawangan yang ditutup sementara akan tutup selamanya.

Ditubuhkan pada 1935 di Pittsburgh, GNC merupakan peruncitan keenam yang memfailkan tuntutan perlindungan muflis sepanjang pandemik yang mana telah menyebabkan ribuan cawangan ditutup selamanya, kehilangan berjuta jualan di seluruh industri tersebut.

Fail permohonan tersebut turut menyatakan bahawa GNC memiliki aset dan liabiliti antara $1 bilion dan $10 bilion. Pendapatan tahunan susut 12% pada tahun lepas kepada $2.07 bilion.

GNC merupakan pilihan utama apabila melibatkan keperluan kesihatan. Namun bermula pada 2015, muncul pesaing seperti Walmart, Target, CVS, Costco dan perusahaan e-commerce seperti Amazon menyebabkan jualan dan keuntungan susut pada 2016.

Pada 2015, mereka memiliki keuntungan berjumlah $219 juta, mendorong kerugian sebanyak $286 juta setahun kemudian. Baru-baru ini, GNC terpaksa berhadapan dengan hutang bernilai $160 juta yang akan tamat pada Ogos dan baki $450 juta yang berakhir pada Mac 2021.

Pada Rabu saham GNC jatuh hampir 25% untuk ditutup pada 61 sen sesaham, susut dari kemuncak $60 pada 2013. Dianggarkan saham syarikat itu susut hampir 80% pada tahun ini.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat