Saham Top Glove Melonjak, Catat Rekod Tertinggi!

746

Harga saham Top Glove Corp Bhd meningkat ke paras tertinggi serta mampu mengatasi keuntungannya dalam sesi dagangan pada tengah hari semalam. Hal ini demikian kerana jangkaan para pelabur terhadap pandemik COVID-19 yang telah membunuh lebih 100,000 nyawa di seluruh dunia dikatakan bakal meningkatkan permintaan sarung tangan getah untuk digunakan oleh sektor kesihatan.

Pada jam 12:30 malam, harga saham Top Glove mencatatkan peningkatan sebanyak 22 sen iaitu 3.38% pada harga RM6.72 bagi permodalan pasaran RM17.35 bilion. Berdasarkan harga RM6.72, saham berkenaan telah diniagakan pada nisbah harga pendapatan (PER) sebanyak 46.05 kali.

Namun begitu, pada awal hari ini saham itu didapati merekodkan penurunan selepas mencatatkan harga pada rekod tertinggi iatu RM6.83.

Selain itu, pengeluar sarung tangan seperti Hartalega telah mencatatkan harga saham yang kekal tidak berubah iaitu sebanyak RM7.47 untuk nilai pasaran RM25.25 bilion. Dengan harga RM7.47, ianya telah didagangkan pada PER sebanyak 60.98.

Seterusnya, harga saham Hartalega didapati telah mengatasi peningkatan tertingginya setakat hari ini dengan harga RM7.59.

Berdasarkan sebuah catatan pada hari Jumaat lalu (10 April), Kenanga Investment Bank Bhd mendedahkan bahawa purata PER dan satu tahun ke hadapan PER untuk sektor sarung tangan getah Malaysia masing-masing berada pada 36.5 kali dan 31.4 kali.

Pengiraan berkenaan mengambil kira harga saham daripada beberapa buah syarikat iaitu Top Glove, Hartalega, Supermax Corp Bhd dan Kossan Rubber Industries Bhd.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat