Saham Top Glove Menyusut Ke Paras Sebelum Pandemik

380

‘Penurunan yang banyak sebenarnya untuk sebuah syarikat yang besar di Malaysia.’

Seiring penurunan kes Covid-19 di seluruh dunia, saham syarikat pengeluar sarung tangan tempatan iaitu Top Glove Corp Bhd turut mengalami penyusutan.

Ketika sesi penutupan semalam, saham Top Glove susut RM1.25 sebelum dibuka sedikit tinggi hari ini pada RM1.27.

Tetapi menjelang sesi dagangan tengah hari, saham Top Glove dilihat menurun lagi 2.38% pada RM1.23.

Menggeruhkan lagi situasi, permodalan pasaran syarikat juga merosot ke RM9.85 bilion berbanding penutupan semalam pada RM10.09 bilion.

Ekoran daripada itu, Hong Leong Investment Bank Research (HLIB) mengekalkan penarafan ‘jual‘ terhadap syarikat dengan sasaran harga (TP) pada RM1.12 berbanding sebelum ini pada RM1.33.

Ulas HLIB, persekitaran operasi Top Glove kekal mencabar ekoran ketidakpadanan permintaan-penawaran yang menyebabkan kadar penggunaan rendah kira-kira 60% dan harga jualan purata (ASP) menurun.

Selain itu, firma tersebut juga mengurangkan unjuran pendapatan tahun kewangan 2022-2024 (FY22-24) sebanyak 4-42%.

Ia juga mengesahkan ramalan para penganalisis pasaran mengenai penurunan lanjut dalam sektor sarung tangan getah selepas kebanyakan laporan suku tahunan syarikat-syarikat berada di bawah jangkaan.

Sebagai rekod, keuntungan bersih dalam laporan suku tahunan Top Glove jatuh pada RM87.55 juta semasa suku ke-2 berakhir 28 Februari 2022 (2QFY22) berbanding RM2.87 bilion pada tahun lalu.

Di samping itu, keuntungan bersih kumulatif Top Glove bagi separuh pertama 2022 (1HFY22) dilihat jatuh RM273.27 juta berbanding RM5.23 bilion setahun sebelumnya.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat