Saham Wall Street Pamer Prestasi Bercampur Harini

158

Saham Wall Street bercampur pada Selasa dan dolar susut dari paras tertinggi 16 bulan apabila pelabur menilai situasi berkenaan kenaikan kadar faedah pada 2022 selepas Jerome Powell dicalonkan sebagai pengerusi Federal Reserve (Fed) untuk penggal kedua.

Hasil perbendaharaan yang tinggi telah menjejaskan saham teknologi utama Amerika Syarikat (AS) terutamanya pada Nasdaq. Saham Bank melanjutkan keuntungan semalamnya dan mengehadkan kerugian di tempat lain.

Indeks Dow Jones Industrial Avarage naik 0.54% untuk berakhir pada 35,813.28 mata dan S&P 500 .SPX tambah 0.17% pada 4,690.69 sementara Nasdaq Composite susut 0.5% pada 15,775.14.

STOXX 600 pan-Eropah jatuh 1.3% dengan hanya sektor minyak & gas dan sumber asas didagangkan tinggi.

Pada Isnin, Presiden Joe Biden telah mencalonkan semula Jerome Powell bagi jawatan pengerusi Fed buat kali kedua dimana ia telah menokok saham Wall Street sebelum ia mengundur pada sebelah petang dengan S&P 500 dan Nasdaq Composite ditutup sedikit baik.

Ia dipercayai penggal kedua di bawah Powell boleh menambah keinginan terhadap penggubalan dasar untuk membendung kenaikan inflasi yang turut menyebabkan pelabur membeli dolar.

Indeks dolar yang mengukur sekumpulan 6 mata wang lain jatuh 0.07% sementara Euro naik 0.12% sedikit pulih dari paras terendah Julai 2020 pada data pertumbuhan perniagaan yang lebih baik daripada jangkaan.

Hasil perbendaharaan AS lonjak tinggi dalam dagangan apabila pelabur bersiap sedia dengan jangkaan Fed yang akan lebih agresif dalam membendung inflasi walaupun hasil nota dua tahun merosot selepas mencecah paras tertinggi sejak awal Mac 2020 pada Isnin.

Dalam pada itu, saham Eropah susut ke paras rendah 3 minggu semasa kerugian terbesar harian tersebar dalam hampir 2 bulan akibat kenaikan kes Covid-19 yang menimbulkan kebimbangan terhadap sekatan yang lebih ketat.

Indeks turun naik STOXX 50 Eropah yang mengukur kebimbangan pasaran saham Eropah mencecah paras tertinggi dalam hampir 7 minggu.

Niaga hadapan emas AS susut 1.3% pada $1,783 per auns turut dibawah tekanan dari kenaikan kadar.

Niaga hadapan minyak Brent naik$2.61 atau 3.3% pada $82.31 sementara harga minyak mentah AS melonjak $1.75 atau 2.3% pada $78.50.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat