Sangat Cool-Lah! Universiti Ini Lancarkan Sijil Dalam Bentuk NFT!

607

Sungkyunkwan University yang terletak di Korea Selatan akan melancarkan sijil anugerah dalam bentuk non-fungible token (NFT) untuk diberikan kepada pemenang acara khas universiti ketika majlis graduasi nanti.

Difahamkan pihak universiti lebih selesa untuk menokenkan sijil tersebut kerana ia boleh digunakan pada bila-bila masa tanpa bimbangkan jika salinan asal terhilang atau dicetak rompak.

Tidak cukup dengan itu, Sungkyunkwan University juga mahu melancarkan sijil-sijil lain ke dalam teknologi blockchain, sekaligus menjadi sebahagian daripada peralihan era digital.

Menariknya, syarikat tempatan gergasi – Samsung menyokong usaha ini melalui pembaharuan kerjasama dari era 60’an hingga 70’an.

Sebagai rekod, Samsung telah menyertai pertubuhan yayasan universiti itu dan menjadi penaja utama pada 1996.

Selain Sungkyunkwan University, beberapa universiti lain di negara itu – Soongsil dan Chung-Ang University dilaporkan telah bekerjasama dengan pembangun blockchain tempatan untuk sama-sama memperkenalkan teknologi metaverse dan NFT ke dalam program graduasi mereka.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat