Sasaran Inflasi Akan Dikaji Semula – Matawang Euro Didagangkan Lemah!

480

Matawang EUR/USD merosot sedikit dan didagangkan pada paras 1.1200 selepas mencatat paras dagangan 1.1250.

Momentum matawang Eropah tersebut tidak bertahan lama setelah terdapat laporan daripada Bloomberg yang menyatakan sasran inflasi akan dikaji semula dan hal ini membawa maksud bahawa terdapat kebarangkalian bahawa ECB akan mengubah sasaran inflasi.

Laporan tersebut juga menukilkan bahawa ahli ECB sedang mengkaji semula tentang pendekatan bank mengenai sasaran yang lebih fleksibel dan sesuai pasca krisis sehingga mampu mengekalkan inflasi pada tahap yang lebih tinggi.

Sebelum ini ECB telah gagal untuk mencapai sasaran inflasi untuk beberapa tahun dan komen yang bersifat dovish baru-baru ini daripada bank pusat menunjukkan bahawa sukar untuk mengurangkan kadar faedah dan memperbaharui tempahan aset.

Selain itu, turut mempengaruhi sentimen dalam Euro ialah gerakan 5-S L.Di Maio mengisyarakat bahawa terdapat gerakan untuk menggulingkan pemerintah.

Disisi lain, matawang greenback juga terkesan berikutan hasil sektor perumahan AS yang merosot dan kehuatiran terhadap hala tuju hubungan perdagangan AS-China.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat