Satoshi Nakamoto Pencipta Bitcoin Rupanya Adalah Steve Jobs Apple?

1,867

“Boleh jadi juga tapi tu la susah untuk percaya sepenuhnya.”

Teori yang mengatakan co-founder Apple Steve Jobs adalah pencipta mata wang kripto Bitcoin (BTC) telah tersebar apabila ahli teknologi bernama Andy Baio mendedahkan beliau secara tidak sengaja terjumpa white paper BTC Satoshi Nakamoto pada komputer Mac.

Diperjelaskan lebih terperinci, Baio ketika sedang membaiki printer telah menjumpai salinan PDF white paper BTC Nakamoto bersama setiap salinan macOS Mojave, iaitu keluaran utama kelima belasnya pada tahun 2018.

White paper tersebut yang bertajuk “Bitcoin: A Peer-to-Peer Electronic Cash System” telah diterbitkan pada 2008 dan di dalamnya, penulis membentangkan rangka kerja untuk mekanisme asas menggerakkan BTC dan benarkan transaksi tanpa pihak ketiga seperti bank atau institusi kewangan.

Susulan pendedahan Baio itu, kebanyakan individu termasuk pelabur dan blogger Lark David percaya pencipta BTC adalah Jobs ekoran Nakamoto didapati hilang pada Disember 2010 dan co-founder Apple tersebut meninggal dunia pada Oktober 2011.

Pun begitu, sesetengah pihak masih bersikap skeptikal dan tidak percaya Nakamoto adalah Jobs walaupun terdapat white paper pada komputer Mac tersebut.

Hal ini kerana Jobs memang dikreditkan sebagai kuasa kreatif di sebalik kebanyakan produk Apple paling ikonik, namun beliau sama sekali bukanlah seorang yang pakar dalam programmer, ulas co-founder Steve Wozniak.

Sementara terdapat pengguna Twitter berpandangan bahawa peminat BTC yang bekerja di Apple merupakan individu memasukkan white paper tersebut dalam komputer Mac.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat