Satu Lagi Vaksin Diluluskan Oleh EU

240

Kesatuan Eropah (EU) semalam meluluskan penggunaan vaksin Covid-19 keluaran Johnson & Johnson, beberapa jam selepas Agensi Ubat-ubatan Eropah (EMA) memberikan rumusan positif tentang keselamatan dan keberkesanannya.

Dibangunkan oleh Janssen, farmasi di bawah Johnson & Johnson, itu merupakan vaksin keempat yang diluluskan oleh EU selepas BioNTech-Pfizer, Moderna dan AstraZeneca.

Lapor Bernama, EMA mengesyorkan penggunaan vaksin Covid-19 Janssen untuk mereka berusia lebih 18 tahun.

Pengarah Eksekutif EMA, Emer Cooke berkata, penggunaan vaksin tersebut hanya memerlukan satu dos sahaja.

Hasil percubaan klinikal melibatkan 44,000 orang di Amerika Syarikat (AS), Afrika Selatan dan negara Amerika Latin menunjukkan vaksin berkenaan mempunyai keberkesanan 67%.

“Vaksin yang lebih selamat dan berkesan akan berada di pasaran. Dengan jumlah dos yang kami tempah, kami dapat memberi vaksin hingga 200 juta orang di EU,” kata Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen di Twitter.

Perkembangan itu sekali gus memberikan harapan dalam pelaksanaan program vaksinasi EU yang menyasarkan suntikan 70% penduduk dewasanya menjelang 21 September kelak.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat