SC Buru Bekas Perunding Unit Amanah!

1,072

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) memohon maklumat daripada orang ramai untuk mengesan bekas perunding unit amanah iaitu Harani Kamarudin yang disyaki melakukan beberapa salah laku berkaitan pelaburan unit amanah.

Dalam satu kenyataan hari ini, SC berkata, pendaftaran Harani, 37, sebagai ahli Persekutuan Pengurus Pelaburan Malaysia (FIMM) telah dibatalkan pada 27 November tahun lalu dan beliau pernah berkhidmat dengan Eastspring Investments Berhad sebagai perunding unit amanah.

“SC sedang mengesan Harani berkaitan pelanggaran undang-undang sekuriti di bawah Seksyen 354 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA), yang dibaca bersama dengan Perenggan 3.3.7 (a) dan 3.1.12 (d) Kod Etika dan Peraturan FIMM Tatalaku Profesional (Dana Unit Amanah),” ujarnya seperti dilaporkan oleh Bernama.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Harani adalah diminta melaporkan kepada SC dengan menghubungi talian 03-6204 8000 / 012-381 2497 atau emel kepada [email protected].

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat