Sebab Ekonomi Yang Semakin Memulih, Saham Netflix Junam Teruk

393

‘Betullah orang cakap, tak akan selama-lamanya kita berada di atas.’

Saham syarikat gergasi penstriman, Netflix jatuh ke paras terendah sejak 2020 ekoran tiada lagi sekatan perjalanan dan arahan duduk di rumah, selain peningkatan jumlah persaingan.

Pada Isnin lalu, saham Netflix mengalami penurunan lebih 2% pada US$332 per unit, terendah sejak 52 minggu, seterusnya menandakan penguncupan lebih 50% saham syarikat yang pernah mencecah paras $700.99 pada pertengahan November tahun lalu.

Dilaporkan kali terakhir saham Netflix mencatat nilai $332 adalah pada 20 Mac 2020, sebelum pandemik Covid-19 yang melanda memaksa penduduk dunia untuk duduk dirumah.

Sebagai rekod, Netflix mencatat keuntungan melambak sepanjang 2020 dan 2021 apabila pengguna diarahkan duduk di rumah bagi membendung penyebaran virus Covid-19.

Walau bagaimanapun, sejak mandat duduk di rumah dan sekatan dilonggarkan di kebanyakan negara, saham Netflix dilihat mengalami tekanan dan laporan pendapatan terbaharu syarikat memperlihatkan bilangan pelanggan yang semakin berkurangan.

Menurut laporan, Netflix menjangkakan sebanyak 8.5 juta pelanggan baru namun pada suku ke-4 tahun lalu, mereka hanya mencatatkan 8.3 juta sahaja, seterusnya memberi kesan kepada penurunan saham syarikat.

Keadaan bertambah buruk apabila pawagam telah dibenarkan untuk dibuka semula dan menyaksikan pelbagai filem blockbuster berderet untuk ditayang.

Laporan JPMorgan pada tahun lalu ada menyatakan Nefflix bercadang untuk mengeluarkan filem dengan cara tradisional (panggung wayang) namun syarikat itu dilihat lebih memberi fokus kepada penstriman dengan penawaran video-on-demand bagi pengguna platformnya.

Selain itu, faktor lain yang menyebabkan saham Netflix jatuh adalah disebabkan peningkatan persaingan daripada platform penstriman lain seperti Apple dan Disney.

Menurut penganalisis Wedbush, Michael Pachter, terdapat pertumbuhan pada sektor penstriman dan pengguna dilihat lebih terarah kepada penstriman kabel atau satelit seperti Hulu, Paramount+, Disney+, HBO Max dan Amazon Prime.

Tambah beliau lagi, syarikat penstriman lain juga dilihat sedang giat melesenkan kandungan mereka, maka ia secara tidak langsung memaksa beberapa kandungan Netflix yang sebelum ini dipinjam terpaksa dipulangkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat